MARUDI: Seorang murid perempuan sekolah rendah dilaporkan terjatuh dari beranda sekolah dalam satu insiden di sebuah sekolah di Baram pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superitendan Mohd Ruslan Mat Kib ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan mangsa yang berusia 9 tahun itu terjatuh dari tingkat satu beranda yang telah reput dan usang kira-kira jam 10 pagi ketika waktu rehat.

Mangsa telah dihantar ke hospital Miri untuk rawatan lanjut oleh pihak sekolah.

Ibu kepada mangsa berkata anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah discaj dari hospital.

Murid terjatuh dari beranda sekolah dalam kejadian, hari ini.

Suara Sarawak