SIMBOLIK… Ahsmon (empat kanan) melancarkan Op Selamat IPD Kuching, di sini hari ini.

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memberi tumpuan terhadap 25 kawasan panas berkaitan kesalahan trafik dan pencegahan jenayah sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina (TBC).

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, antara lokasi yang dikenal pasti termasuk Tabuan, Satok, Sekama serta beberapa kawasan yang lain.

Katanya, sempena operasi yang dilancarkan bermula hari ini hingga 6 Februari hadapan, pihaknya akan memberi tumpuan kepada rumah serta premis yang ditinggalkan oleh pemilik semasa cuti TBC dan sekolah.

“Sementara itu orang ramai boleh mengisi borang serta risalah yang diedarkan untuk memaklumkan kepada polis bahawa mereka meninggalkan rumah.

“Selain borang, mereka juga boleh memaklumkan secara dalam talian atau panggilan telefon bahawa terutamanya di 25 kawasan panas dalam senarai,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Op Selamat di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata Sekatan Jalan Raya (SJR) secara 24 jam tidak akan didirikan di bandar raya ini kerana ia akan menyebabkan kesesakkan.

Ashmon berkata, seramai 145 pegawai dan anggota IPD Kuching terdiri dari sembilan pegawai dan 37 anggota trafik serta Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik serta balai-balai akan menumpu kepada penugasan membanteras dan mencegah jenayah selain membantu memudahkan urusan orang ramai.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa dan pemimpin masyarakat yang lain.

SIDANG MEDIA…Ahsmon bercakap kepada sekumpulan media sempena Op Selamat IPD Kuching, di sini hari ini.

Suara Sarawak