MIRI: Dua lelaki ditahan kerana disyaki memecahkan cermin sebuah kereta di Desa Senadin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata kedua-dua suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri selepas menerima laporan dari pemilik kereta.

Suspek berkenaan menaiki sebuah motosikal semasa kejadian dan membaling bata ke arah tingkap kereta dan seterusnya melarikan diri.

Keseluruhan kejadian telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) milik mangsa.

Rakaman CCTV tersebut merakam jelas nombor pendaftaran motosikal suspek justeru membantu polis untuk mengesan dan mengenal pasti suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

TANGKAP….Salah seorang dari suspek (empat kanan) yang terlibat ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri.

Suara Sarawak