Pemain lama, baharu bentuk kombinasi, prestasi terbaik- Joseph Kalang Tied

KUCHING: Penyerang berpengalaman Kuching City FC (KC FC), Joseph Kalang Tie yakin gandingan pemain lama dan baharu mampu membentuk satu kombinasi hebat.

Malah, ia dapat menjadi penanda aras untuk memperbaiki pencapaian The City Boys musim lepas.

“Sememangnya keinginan saya untuk cuba memperbaiki kedudukan KC FC lebih baik berbanding musim lepas.

“Saya percaya gabungan kudrat serta pengalaman pemain lama dan baharu mampu menjadi aset untuk menterjemahkannya ke arah itu,” jelas Joseph kepada Arena Suara Sarawak.

Tambahnya, beliau juga mengimpikan bonus besar buat dirinya dan rakan-rakan seandainya KC FC berjaya menempah slot bersaing dalam kancah Liga Super 2023.

Bekas penyerang kebangsaan itu yakin musim baharu ini mampu memperlihatkan kredibiliti sebenar KC FC dibawah kendalian jurulatih berpengalaman luas, Irfan Bakti Abu Salim.

Dalam pada itu, Joseph akui tiada masalah untuk dirinya menyesuaikan diri dengan pemain baharu dalam pasukan terbabit.

“Bagi saya tiada masalah menyesuaikan diri dengan mereka walaupun hampir sebulan berlatih bersama,” katanya lagi.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak