Cenderahati….Datuk Misnu Taha (empat dari kanan) menyerahkan cenderahati kepada Ketua Menteri (empat dari kiri)
(Kredit Foto: Jabatan Penerangan Sarawak)

KUCHING: Agensi-agensi Islam perlu berusaha sedaya upaya dalam memastikan kepimpinan pemikiran ‘Ibnu Khaldun’ berkembang di Sarawak.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha berkata, pembangunan ilmu terbabit akan dimulakan dalam masa terdekat setelah pengisian kelas dibentangkan.

“Atas dasar berkenaan, saya dan agensi Islam merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Beliau telah membuka jalan, berjaya atau tidak terpulang kepada agensi-agensi Islam untuk melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Wacana Kepimpinan Ibnu Khaldun di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching, malam tadi.

Tambahnya, usaha mengadakan kelas ilmu terbabit setakat ini masih di peringkat sekolah rendah.

Seandainya semua berjalan lancar katanya, kelas dijangka melibatkan peringkat sekolah menengah akan bermula pada tahun 2027.

Suara Sarawak