SARIKEI: Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduan di sebuah premis makanan di sini, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, pihaknya kini menyiasat insiden membabitkan sekumpulan lelaki itu.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, saya berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil membantu polis.

“Mereka juga boleh menyalurkan maklumat di Balai Polis yang berhampiran, ” katanya ketika dihubungi.

Video pergaduhan berdurasi 50 saat itu dimuat naik di akaun Facebook sebelum  mendapat pelbagai reaksi netizen sambil menggesa polis agar mengambil tindakan.

Setakat ini, punca kejadian juga belum dikenalpasti.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak