Remaja mengaku salah pecah masuk rumah sewa

KUCHING: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan pecah masuk sebuah rumah sewa.

Bagaimanapun,Majistret Zaiton Anuar menetapkan sebutan laporan sosial tertuduh berusia 19 tahun itu pada 1 Mac depan.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang berasal dari Lachau, Pantu didakwa memecah masuk sebuah rumah sewa di Synergy Square, Jalan Matang, sekitar jam 10.00 malam, 23 Januari lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Sekyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak