Ribut petir melanda beberapa kawasan di Sarawak

KUCHING: Beberapa kawasan di Sarawak dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang, ia membabitkan Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit.

Selain itu, ribut petir juga dijangka melanda Bahagian Bintulu, Limbang dan Miri membabitkan Daerah Subis, Beluru, Miri dan Marudi.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Suara Sarawak