Pengurus SU FC…Mohd. Saif Jubaidi.

KUCHING: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Mohd. Saif Jubaidi dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sarawak United FC (SU FC) 2022.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Presiden FAS, Datuk Posa Majais yang juga selaku Pengerusi SU FC.

“Pihak kita telah bersetuju untuk melantik beliau (Mohd. Saif Jubaidi) sebagai Pengurus Pasukan SU FC bagi musim ini,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Pihaknya percaya Mohd. Saif mampu melaksanakan tugas diberikan itu dengan baik mengambil kira berpengalaman luas dimilikinya dalam dunia bola sepak.

“Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam dunia bola sepak.

“Justeru, rasanya ia bukan sesuatu yang baru bagi anak jati kelahiran Miri itu,” tambah Posa.

Ini musim pertama buat SU FC bersaing dalam kancah Liga Super ekoran kejayaan muncul naib juara Liga Premier 2021.

Suara Sarawak