Sarawak beralih ke Fasa Empat PPN, Isnin ini

KUCHING: Sarawak akan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini, 3 Januari 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, garis panduan (SOP) untuk fasa tersebut akan dipaparkan dalam laman sesawang JPBN bermula esok.

“Sarawak menyambut baik pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein semalam yang memberitahu negeri ini beralih ke Fasa Empat.

“Justeru, Sarawak akan beralih mengikut tarikh yang telah ditetapkan bermula Isnin dan SOP daripada JPBN akan dipaparkan dalam laman sesawang (https://sarawakdisastermc.com/) dan MKN (http://www.mkn.gov.my/) pada 2 Januari 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam JPBN dalam kenyataan merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Hishamuddin berikutan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN berkuat kuasa 3 Januari.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Suara Sarawak