BERCAKAP….Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Allahyarham mantan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng merupakan pemimpin yang dikenali sebagai mesra rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, beliau turut berduka atas pemergian pemimpin tersohor tersebut.

“Allahyarham merupakan pemimpin yang sudah lama berkhidmat di Sarawak, begitu mesra rakyat dan sentiasa mengambil perhatian,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan SUPP Matang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Allahyarham juga amat dikenali dengan sikapnya yang suka merendah diri serta berintergriti dalam melaksanakan tugas

“Saya sedih, sebab saya cukup merasa kehilangan seorang pemimpin yang begitu banyak berjasa kepada Sarawak,” ujarnya.

Suara Sarawak