Sarawak catat 13 kes baharu Covid-19

KUCHING: Kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 13 kes, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif mencecah kepada 252,594 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), pecahan kes baharu merangkumi enam kes daripada kategori satu dan tujuh kes daripada kategori dua.

“Kes tertinggi dicatatkan di Sibu sebanyak empat kes diikuti tiga kes di Miri dan Kuching manakala, masing-masing merekodkan satu kes di Bintulu, Limbang dan Lawas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN dalam kenyataan sama turut memaklumkan bahawa tiada kes kematian dan kluster baharu yang dilaporkan.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak