Sarawak pertaruh 12 pemain di Sirkit I Badminton Kebangsaan 2022

KUCHING: Seramai 12 pemain skuad Badminton Para Sukma Sarawak akan berentap dalam Sirkit I Badminton Para Kebangsaan 2022.

Ketua jurulatih Suhaili Laiman memberitahu, kejohanan tersebut akan berlangsung pada 24 hingga 27 Mac depan bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut Suhaili, himpunan pemain terbabit ialah Chung Hong Tsin (WH 1), Ashley Irenaeus (WH 2), Hazery (SL 3), Nik Ariffen (SL 3), Aqil Haziq (SL4), Gregory (SL 4), Nursyazwani (SL 4), Chan Lee Ching (SL 4), Adam Harrith (SU 5), Kuswadi (SU 5), Joeo Abell (SU 5) dan Arazi Jasmi (SU 5).

“Semua pemain ini akan terlibat dalam kejohanan empat hari itu dengan kategori masing-masing,” ujar Suhaili kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Suhaili, pembabitan anak-anak buahnya pada kejohanan itu kelak secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi semasa mereka.

Dengan kata lain, kejohanan terbabit merupakan ujian awal para pemain untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan Para Sukma, Kuala Lumpur 2022 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Suara Sarawak