Semera Lot B juara Piala H&D Corner Kampung Niup 2022

KOTA SAMARAHAN: Regu Semera Lot merangkul gelaran juara dalam kejohanan Sepak Takraw Bahagian Samarahan dan Jemputan Piala H&D Corner Kampung Niup 2022, semalam.

Kejayaan membolehkan regu terbabit membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat.

Manakala regu Leopard B selaku naib juara membawa hadiah wang tunai RM800, piala dan pingat.

Tempat ketiga dirangkul oleh regu Empila diikuti regu KBS di tangga keempat kejohanan dengan masing-masing menerima RM300, RM200 termasuk piala dan juga pingat.

Pengerusi Kejohanan Napi Mohamad berkata, saingan bermula pada dua hari kejohananan melibatkan sebanyak 32 regu dari pelbagai kawasan Kuching, Kota Samarahan dan Serian.

“Kejohanan berlangsung dengan baik dan kita berpuas hati dapat membuka landasan kepada pemain untuk mengetengahkan bakat serta kehebatan masing-masing dalam kejohanan ini.

“Pada masa sama, kehohanan ini juga mampu menjadi landasan terbaik merapatkan hubungan silatirahim antara pemain,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak