KUCHING: Senarai lengkap pemain skuad Sarawak United FC (SU FC) 2022 akan diumum pada 10 Februari depan.

Pengerusi SU FC, Datuk Posa Majais memberitahu, pihaknya ketika ini masih dalam proses akhir memuktamad senarai pemain yang ada.

Sekali gus, memerlukan sedikit masa lagi untuk tujuan itu.

“Apa yang pasti, kita akan umumkan senarai penuh pemain pada 10 Februari nanti” tegas Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah beliau, ketika ini hanya slot pemain import belum lengkap sepenuhnya.

“SU FC ketika ini mempunyai dua pemain import iaitu Uche Agba dan Francis Kone.

“Masih ada tiga lagi kuota untuk memenuhi lima barisan pemain import musim ini,” tambah Posa.

Dalam perkembangan sama, Posa turut menyatakan SU FC telah diundang oleh pihak pengurusan Sabah FC bagi menyertai kejohanan empat penjuru yang juga disertai pasukan Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur City FC.

Katanya, kejohanan tersebut dilihat sebagai landasan terbaik untuk memperkemaskan jentera di segenap posisi.

Di samping peluang bagi pengendali SU FC (E. Elavarasan) menilai kemampuan sebenar anak-anak buahnya.

Suara Sarawak