Skuad Prihatin Pantai Damai bersedia bantu mangsa banjir

KUCHING: Skuad Prihatin Pantai Damai ditubuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana khususnya banjir susulan musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.

Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, skuad tersebut terdiri daripada kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai dan sukarelawan.

“Mereka akan membantu sekiranya berlaku banjir terutama di kawasan Dun Pantai Damai, yang sememangnya akan berlaku banjir apabila hujan lebat dan air pasang besar.

“Setakat ini kita mempunyai 60 orang ahli melibatkan tiga zon iaitu masing-masing 20 di Seberang Hilir, Santubong dan Telaga Air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skuad  Prihatin Patai Damai di Pusat Khidmat Pantai Damai, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya skuad itu juga akan bergerak bersama-sama dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) untuk membantu masyarakat.

RAKAMAN KENANGAN… Abdul Rahman (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama ahli Skuad Prihatin Pantai Damai selepas majlis pelancaran di Pusat Khidmat Pantai Damai, di sini hari ini.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak