SU FC buka tirai lawan Kedah

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) akan menentang Kedah Darul Aman FA untuk aksi buka tirai kempen Liga Super 2022 pada 4 Mac nanti.

Perlawanan sulung anak-anak buah E.Elavarasan itu akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Menerusi jadual rasmi dikeluarkan sebentar tadi, tiga perlawanan berlangsung pada 4 Mac.

Dua perlawanan lain menyaksikan pertembungan antara Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC (Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras) dan Johor Darul Ta’zim FC menentang Penang FC (Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri).

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak