SUFC III umum skuad penuh 24 Januari

KUCHING: Sarawak United III bakal mengumumkan senarai penuh pemain yang bakal beraksi dalam kempen Liga Piala Belia 2022 pada 24 Januari ini.

Pengurus pasukan, Nazri Ahmad Lai berkata kesemua pemain yang masih menyertai kem latihan berpusat di Miri kini dalam proses penilaian terakhir.

“Pemilihan kini dalam peringkat saringan yang mana belum dibentuk sepenuhnya.

“Bagaimanapun setakat ini usaha kita dalam membentuk pasukan telahpun mencapai 70 peratus,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais memberitahu, Stadium Miri akan dijadikan sebagai gelanggang rasmi sepanjang berlangsung Liga Belia 2022.

Suara Sarawak