Tabung Baitulmal Sarawak agih bantuan kepada 30 pelajar

KUCHING: Seramai 30 anak para asnaf menerima bantuan awal persekolahan dari Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dalam Program ‘Back to School’, hari ini.

Menurut Pengurus Besar Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie, program tersebut adalah satu inisiatif memanifestasikan ekosistem bantuan TBS melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dan pejabat cawangan dalam pengagihan bantuan kepada para asnaf.

Katanya, program tersebut telah dilaksanakan di seluruh Sarawak melalui cawangan-cawangan TBS di setiap Bahagian.

“Hari ini, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengagihkan bantuan kepada 30 orang anak para asnaf.

“Bantuan ini adalah bagi meringankan beban dalam penyediaan dan persiapan untuk sesi persekolahan yang akan bermula,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Untuk rekod, 30 asnaf yang telah menerima bantuan persekolahan tersebut terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar Tingkatan 4, Muhammad Loqhman Shaqhir Yunus

Suara Sarawak