Tarikh Liga Kapit 2022 belum ditentukan

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit (KAPFA), Nicol Agoi memberitahu pihaknya masih belum menentukan tarikh untuk memulakan Liga Kapit 2022.

Menurutnya, satu mesyuarat khas bersama barisan jawatankuasa eksekutif (exco) badan induk itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Satu mesyuarat akan diadakan untuk mencari tarikh bagi memulakan saingan Liga Kapit 2022,” ujar Nicol kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Nicol, besar kemungkinan mesyuarat tersebut akan diadakan hujung bulan ini.

Katanya, perancangan awal adalah untuk menghimpunkan lapan pasukan yang akan berentap dalam liga itu kelak.

Bagaimanapun ujarnya, segalanya bergantung kepada hasil perbincangan pada mesyuarat itu nanti.

“Sasaran kita untuk cuba menghimpunkan lapan pasukan sahaja tetapi ia bergantung kepada situasi semasa. Dengan kata lain, melihat kepada sambutan pasukan yang ingin turut serta,” jelas beliau lagi.

Nicol sebelum itu menyatakan, dua gelanggang bakal digunakan iaitu Stadium Mini Kapit yang merupakan pilihan utama dan Stadium Mini Song.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak