Gimik Penyerahan Cek daripada Pengarah Boustead Plantation Berhad, Dr. Salihin Abang (dua kiri) kepada Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie (dua kanan)

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sejumlah RM26,765 kepada 15 orang penerima melalui dua program utama.

Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, ia di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Selain bantuan tersebut, TBS turut menyerahkan Kad Ummah Distribution Centre (UDC) E-Wallet kepada 15 orang penerima Bantuan Sara Hidup dan hanya boleh digunapakai di Ummah Distribution Centre (UDC) sahaja.

“Bantuan wang tunai akan disalurkan oleh pihak TBS ke dalam kad tersebut mengikut bantuan barangan yang telah ditetapkan untuk digunakan oleh penerima bantuan,” katanya semasa Majlis Penyerahan Zakat di UDC Medan Hamidah, di sini, hari ini.

Tambah Shibli, setakat 31 Disember 2021, jumlah kutipan keseluruhan zakat oleh TBS adalah sebanyak RM115.39 juta berbanding RM115.50 juta bagi sepanjang tahun 2020.

Katanya, sejumlah RM72.98 juta telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan setakat tahun lepas.

Suara Sarawak