Tiada penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu di Sarawak

KUCHING: Tiada kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu dikesan di Sarawak setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, tiada sebarang kegiatan itu dikesan atau dilaporkan.

“Setakat ini belum ada kes penjualan sijil vaksinasi palsu dikesan di Sarawak,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan terus memantau kegiatan berkenaan bagi memastikan ia tidak menular di Sarawak.

Pada masa sama, Aidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan berkenaan untuk melaporkan kepada polis.

Setakat ini, kegiatan berkenaan telah dikesan di Selangor, Terengganu, Johor dan Kelantan.

Suara Sarawak