Tiga pelajar jadi anak angkat program TSI, Kelab Lions Kuching Utara

KUCHING: Tiga orang pelajar sekolah menengah dijadikan anak angkat dalam satu program Inisiatif Sarawak (TSI) dengan kerjasama Kelab Lions Kuching Utara dalam memperkasakan pendidikan golongan kurang berkemampuan.

Tiga pelajar terbabit ialah Albert Affleck Thomas dan Brenda Kueh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching Town No.1 dan Aloysius Lim Francis dari SMK St Thomas.

Mereka masing-masing menerima bantuan kewangan RM2,500 dalam program tersebut.

Pengerusi TSI Datuk John Tenewi berkata program itu telah memberi impak yang tinggi kepada pelajar terbabit, yang bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi juga membolehkan mereka meneruskan pelajaran.

“Usaha ini adalah satu cara untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah untuk membiayai perbelanjaan persekolahan mereka,” katanya.

Proses pemilihan pelajar terbabit adalah dikenal pasti oleh pengetua sekolah masing-masing, sebelum ditentukan oleh TSI dan Kelab Lions Kuching Utara.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak