Tiga rumah di Kampung Seduan, Sibu banjir

SIBU: Hujan berterusan sejak Selasa menyebabkan tiga buah rumah di Kampung Seduan di sini banjir hari ini.

Jusucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.44 pagi dan segera mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah untuk bantuan menyelamat.

“Maklumat awal daripada penduduk kampung mengatakan air masuk ke dalam rumah dengan cepat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya keluarga daripada dua rumah yang terjejas enggan berpindah, walaupun hujan masih berterusan.

Katanya kedua-dua rumah itu masing-masing didiami oleh 10 orang sekeluarga dan empat orang sekeluarga.

Manakala sebuah lagi rumah yang didiami 10 sekeluarga termasuk seorang bayi bersedia dipindahkan.

Beliau menambah pihak BBP Sungai Merah juga dalam proses berhubung dengan Pejabat Residen Sibu untuk pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Jeriah.

Anggota bomba sedang membantu mangsa memindahkan barangan mereka ke tempat yang tinggi.
Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak