Uche mula berlatih esok

KUCHING: Pencetak gol Sarawak United FC (SU FC), Uche Agba akan memulakan tugas rasmi berlatih bersama dengan rakan-rakan sepasukannya esok.

Ketua jurulatih SU FC, E. Elavarasan memberitahu, penyerang kelahiran Nigeria itu tiba di Kuching pagi tadi.

“Dia akan turun berlatih bersama rakan-rakannya petang esok,” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara Pengerusi SU FC, Datuk Posa Majis pula memberitahu, seorang lagi rakannya iaitu Francis Kone akan tiba di Kuching dalam tempoh seminggu lagi.

“Mungkin Francis Kone akan tiba di Kuching selepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina,” jelas Posa.

Suara Sarawak