Wanita dapatkan bantuan bomba untuk memotong cincin di jarinya

SIMANGGANG: Seorang wanita terpaksa datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman untuk mendapatkan bantuan memotong cincin yang tersekat di jari manis tangan kirinya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggota BBP Sri Aman memerlukan hampir setengah jam untuk mengeluarkan cincin tersebut, dengan memotongnya.

“Wanita terbabit datang sendiri ke balai untuk mendapatkan bantuan bagi memotong cincin di jarinya.

“Anggota kami menggunakan alat pemotong khas bagi memotong cincin jenis keluli tahan karat tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak