RAMPAS…Antara barang rampasan yang dirampas dari suspek.

BAU: Seorang wanita dipercayai ejen loteri haram ditahan ketika menjalankan kegiatan terbabit di sebuah premis kedai makan di Pekan Tondong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata suspek, 29, ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 4.35 petang.

“Turut dirampas sebuah telefon pintar tanpa kad sim, sebuah pencetak mudah alih berwarna hitam, sejumlah wang tunai, sebatang pen mata bola berwarna hitam dan sebuah kotak berwarna krim hijau,” katanya dalam satu kenyataan.

Poge berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara.

Suara Sarawak