Antara individu yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Seramai tiga individu termasuk seorang warganegara Indonesia ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan di beberapa lokasi sekitar Bintulu, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, seramai 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dan JPJKK terbabit dalam operasi yang mengambil masa hampir empat jam.

Operasi terbabit bermula pada jam 6.30 petang hingga 10 malam di Tanjung Batu, Sungai Plan, Bintulu Sentral dan Jalan Paragon, di sini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia antara 15 hingga 20 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi yang membahayakan.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman Penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 ribu sehingga RM15,000 bagi kesalahan pertama.

Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi salah satu cara mengurangkan angka kemalangan di Daerah Bintulu, tambah Zulkipli lagi.

Suara Sarawak