Kapsyen: Abang Johari mengangkat sumpah di Kompleks Dun Sarawak hari ini.

KUCHING: Semua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) pada 18 Disember lalu mengangkat sumpah jawatan, pada penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mereka mengangkat sumpah dan menandatangani surat cara sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Tan Sri Mohammad Asfia Awang Nassar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Adun Gedong mengetuai istiadat angkat sumpah pada jam 9:24 pagi.

Ia diikuti Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang masing-masing merupakan Adun Bukit Saban, Adun Bukit Sari dan Adun Batu Kawah.

Seterusnya istiadat angkat sumpah diikuti menteri kabinet negeri dan Adun yang lain di kompleks Dun Sarawak di sini, hari ini.

Pada PRN-12, GPS berjaya meneraju Sarawak dengan memenangi 76 kerusi Dun yang dipertandingkan, DAP (2) dan PSB (4).

Abang Johari (tengah) hadir bagi mengangkat sumpah jawatan pada penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kompleks Dun Sarawak, hari ini. (Foto: Alif Noni)

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak