Sebastian mengangkat sumpah di kompleks Dun, hari ini

KUCHING: Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) pada 18 Disember lalu mengangkat sumpah jawatan, pada hari ketiga penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau mengangkat sumpah dan menandatangani surat cara sumpah jawatan hari ini di hadapan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada jam 9.15 di kompleks kompleks Dun Sarawak di sini.

Sebastian antara tiga Adun yang terlepas upacara mengangkat sumpah wakil rakyat di Dun Sarawak Isnin lalu selepas disahkan kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Manakala dua lagi Adun masih belum mengangkat sumpah selepas disahkan positif Covid-19 iaitu Adun Kuala Rajang yang juga Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datuk Len Talif Salleh dan Adun Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Suara Sarawak