BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg menyempurnakan penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Tahun 2022 bertempat di Hotel ParkCity Everly, di sini, hari ini.

Seramai 170 penerima daripada sepuluh jabatan dan agensi merangkumi kerajaan negeri (enam) dan persekutuan (empat).

Mengetuai senarai penerima ialah Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hussaini Hakim yang berkhidmat dengan taat setia dan berdedikasi selama 28 tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia kepada Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hussaini Hakim.

Turut disampaikan pingat Perkhidmatan Setia kepada 13 penerima berkhidmat melebihi 35 tahun terdiri daripada Hanita Dahlan(Jabatan Pertanian Sarawak),Rosni Kadir(Jabatan Tanah dan Survei Sarawak), Mohammad Sanusi Juni(Jabatan Hutan Sarawak), Pati Sabtu(Lembaga Kemajuan Bintulu), Bernadette Angie anak Elin dan Mordiana Amir (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak), Helen anak Bosco Nanyang, Nursheila Abdullah,Rosine Ahim, Norlihah Sahari, Chen Siew Joon dan Saloma anak Aron(Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak) serta Kopral Juka anak Nisir(Polis DiRaja Malaysia).

Ini merupakan majlis pertama yang diadakan untuk tahun 2022 selepas dua tahun ditunda ekoran pandemik Covid-19.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan II Datuk Majang Renggi, Adun Jepak Datuk Talib Zulpilip dan Residen Bahagian Bintulu Datuk Jack Aman Luat.

Suara Sarawak