SPAOH: Kira-kira 249,000 penduduk di negeri ini yang masih belum mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Justeru Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa individu ini agar bertindak segera bagi mendapatkan perlindungan berganda.

“Suntikan penggalak amat penting untuk melindungi diri mereka sendiri.

“Manfaatkanlah sepenuhnya peluang seperti ini disediakan oleh kerajaan. Dos penggalak itu menguatkan lagi dua dos suntikan vaksin yang diterima sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali PBB Ranting Kampung Tengah Spaoh, hari ini.

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri sehingga 26 Februari (Sabtu) jelasnya, sebanyak 86.3 peratus telah mendapatkan dos penggalak.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) turut mengingatkan semua pihak agar mematuhi setiap SOP bagi mengekang penularan varian Omicron yang kini sedang menular.

 

Suara Sarawak