KUCHING: Semua 82 Adun yang menang pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak akan mengangkat sumpah di DUN pada Isnin ini.

Majlis angkat sumpah terbabit diadakan pada hari pertama Persidangan Pertama Dun Sarawak ke-19 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Februari depan.

Speaker Dun Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ia bagi membolehkan kesemua Adun mengangkat sumpah di hadapan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Selain bagi memenuhi kehendak Perlembagaan supaya Dewan bersidang dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran.

“Oleh itu, persidangan kali ini akan dimulakan dengan Upacara Angkat Sumpah pada hari pertama persidangan iaitu 14 Februari ini dan semua Adun terbabit dijemput hadir bersama pasangan masing-masing,” katanya.

Asfia berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Pertama Dun Sarawak Ke-19: Persidangan Dewan Khas dan Saiz Kabinet Sarawak di Bangunan Dun, di sini, hari ini.

Menurut Asfia, persidangan tersebut juga tidak menyaksikan upacara perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri namun upacara tersebut akan diadakan kemudian pada satu tarikh yang akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Majlis tersebut bakal menyaksikan sebanyak 76 Adun daripada GPS, empat Adun Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua Adun Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengangkat sumpah.

Suara Sarawak