IRFAN BAKTI…Ketua Jurulatih.

KUCHING: Tiga aksi persahabatan yang bakal dilalui Kuching City FC (KC FC) di Semenanjung pada 15 hingga 19 Februari ini dilihat sebagai ujian awal buat pemain.

Menghimpunkan tiga pasukan dari Liga Super 2022 iaitu Negeri Sembilan FC, PJ City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketua Jurulatih,Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, penampilan tersebut amat tepat pada masanya bagi membolehkan beliau menilai kemampuan para pemain.

“Tiga pasukan terbabit dari Liga Super dan ia sebagai penanda aras terbaik untuk melihat kemampuan sebenar mereka.

“Selain landasan untuk mengenal pasti kesebelasan utama,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam pada itu, Irfan turut berharap para pemain dapat mempamerkan aksi terbaik mereka apabila diturunkan pada setiap perlawanan kelak.

KC FC akan menentang Negeri Sembilan FC (15 Februari), menentang PJ City FC (17 Februari) dan disusuli aksi terakhir menentang JDT (19 Februari).

Suara Sarawak