Pasukan SWAT SFC memeriksa bangkai seekor buaya yang terapung berhampiran Jambatan Satok, hari ini.

KUCHING: Bangkai seekor buaya ditemukan terapung berhampiran Jambatan Satok, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), bangkai buaya itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Susulan itu, katanya pasukan SWAT SFC yang diketuai oleh Dr Mohd Izwan Zulaini segera ke lokasi dan berjaya menemui bangkai buaya itu.

“Pasukan SWAT SFC kini sedang menyiasat punca kematian buaya itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya buaya jantan itu adalah sepanjang 14.4 kaki dengan berat kira-kira 200 kilogram.

Pasukan SWAT SFC menyukat bangkai buaya yang ditemukan terapung berhampiran Jambatan Satok, hari ini.

Suara Sarawak