KUCHING: Sistem subsidi serta bantuan yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian harus lebih relevan dan berdasarkan keperluan bagi mengelakkan pembaziran.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ini bagi memastikan bantuan yang disampaikan kepada golongan sasar membawa manfaat.

“Selama ini kerajaan memberi bantuan pertanian seperti baja, anak pokok dan sebagainya kepada golongan petani B40, orang ramai mengikut apa yang kita rasakan mereka perlukan.

“Tetapi sebenarnya selama ini barangan tersebut terperuk disimpan di bawah rumah kerana ia bukan keperluan utama mereka dan ia merupakan satu pembaziran.

“Jadi sekarang kerajaan mesti berubah, biarkan mereka sendiri memberitahu senarai keperluan yang relevan, kemudian barulah bantuan diberikan bagi memudahkan urusan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok, Jalan Puncak Borneo, di sini, hari ini.

Justeru, beliau menyeru JPS untuk memerhatikan keperluan sebenar golongan ini kerana tidak semua pemain industri pertanian terlibat dalam aktiviti yang sama sekali gus keperluan bantuan mereka juga bwrdan dengan itu mereka memerlukan bentuk bantuan yang berbeza.

Suara Sarawak