BERUCAP… Abang Johari berucap sempena Majlis Makan Malam Perpaduan 2022 anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, malam tadi. (F: UKAS)

KUCHING: Pengiktirafan anak hasil perkahwinan campur di Sarawak sebagai Bumiputera dibuat kerana Kerajaan Sarawak melihat banyak perkahwinan campur di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru, katanya kini anak hasil perkahwinan campur akan mendapatkan status Bumiputera jika salah seorang ibu atau bapanya merupakan ‘peribumi Sarawak’.

“Perkara ini juga bermaksud kita tidak akan mempunyai masalah dalam hal pengurusan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam Perpaduan 2022 anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, malam tadi.

Terdahulu, RUU tersebut telah diluluskan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada 15 Febuari lalu sekali gus mengiktiraf anak hasil perkahwinan campur mendapat status Bumiputera walaupun hanya seorang ibu atau bapanya adalah peribumi Sarawak.

Suara Sarawak