Bola Sepak 9 Sebelah Piala Razi 2022; 18 pasukan berentap

KUCHING: Sebanyak 18 pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Betong 2022 yang akan bermula Sabtu nanti di Padang Riveria, Debak.

Pengerusi kejohanan, Saiful Hanizam Suhaini berkata, kesemua pasukan bertanding mewakili pelbagai kelab dalam Bahagian Betong termasuk daerah sekitarnya.

Menurutnya, kejohanan berkenaan dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Saribas dengan kerjasama Syarikat Permata RZR dan Kelab Sukan Rekreasi Laser Light Debak.

“Format kejohanan liga kumpulan, dua pasukan terbaik layak secara automatik ke pusingan suku akhir,” katanya sambil turut mengakui saingan sepanjang kejohanan dijangka sengit berikutan semua pasukan menyenaraikan pemain berbakat dan berpengalaman.

Saiful pada masa sama menyatakan, pasukan-pasukan yang akan bertanding ialah Debak United, Serem FC, Skyline FC, Loy69 FC, Sebemban FC (Kumpulan A), BBNU FC, Bungin Villa, Hermanos FC, Bersepai FC (Kumpulan B), Jang BS ‘B’, Semarang Village United, DOM.FT, KSRTB (Kumpulan C), Pusa United, A.D Walid FC, Rastako FC, Jang BS (Kumpulan D).

Katanya juara akan menerima wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat.

Manakala naib juara menerima wang tunai RM1,500 termasuk piala dan pingat.

Sementara dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM700 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Suara Sarawak