RAKAM KENANGAN…Mohammad Razi Sitam (berdiri ditengah) bersama-sama pemain dan tetamu lain selepas majlis perasmian.

KUCHING: Saingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Betong, Piala Razi 2022 bermula pagi tadi.

Kejohanan yang berlangsung di Padang Riveria Debak itu turut dirasmikan oleh Adun Saribas yang juga Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam

Mencuri tumpuan, penampilan cemerlang dua pasukan dari Kumpulan A. Iaitu Debak United yang berjaya meraih tiga mata selepas mudah membenam Serem FC (3-0). Diikuti kemenangan selesa (3-1) pasukan Skyline ke atas Loy69 FC.

Sementara itu, dua perlawanan Kumpulan B menyaksikan pasukan serba mantap Bungin Villa berjaya meraih kemenangan sulung (2-0) ke atas BBNU FC, manakala Hermanos FC menang tipis (1-0) ke atas Bersepai FC.

Pengerusi Kejohanan Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, lapan perlawanan dijadual berlangsung hari ini.

Manakala, jumlah perlawanan sama juga akan turut dilangsung esok membabitkan empat kumpulan berbeza.

“Kita percaya saingan akan lebih sengit kerana setiap pasukan mahu memastikan perolehan tiga mata penuh,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak