SELAMAT…Bomba menggunakan penjerut untuk menyelamat anak anjing yang terjatuh di dalam parit.

KUCHING: Tugasan anggota bomba bukan sekadar memadam dan mengawal kebakaran malah membantu menyelamatkan tiga ekor anak anjing yang terjatuh ke dalam parit di Lorong Lapangan Terbang 2, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.30 pagi hari ini.

“Seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi bagi menyelamatkan tiga ekor anak anjing yang dilaporkan terjatuh dan terperangkap di dalam parit Lorong Lapangan Terbang 2,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anak anjing tersebut telah dibawa ke BBP Tabuan Jaya sebelum diserahkan kepada pihak veterinar untuk tindakan seterusnya.

SELAMAT… Tiga ekor anak anjing yang terjatuh di dalam parit berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

 

SELAMAT… Tiga ekor anak anjing yang terjatuh di dalam parit berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Suara Sarawak