Seperti dalam paparan skrin… (dari kiri) Pengawal Kualiti Persekitaran, Peggy Ronin Edin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trieneken, Stephen Chin dan Pengarah Konservasi WWF Malaysia, Dr Henry Chan memegang MoA yang telah ditandatangani, pagi tadi

KUCHING: Wujudnya buku pengurusan sisa pepejal dan pendidikan alam sekitar untuk sekolah rendah pasti dapat memberi pendedahan kepada generasi muda untuk memiliki pengetahuan asas dalam pengurusan dan kelestarian tersebut.

Menurut Pengawal Kualiti Alam Sekitar NREB Sarawak Peggy Ronin Edin, buku tersebut bertujuan untuk menyediakan sumber dan rangka kerja pendidikan yang khusus bagi menangani isu pengurusan sisa pepejal.

“Isu alam sekitar seperti pencemaran udara dan air, ribut teruk dan keadaan cuaca yang melampau akibat perubahan iklim, kehabisan sumber dan cabaran lain yang serupa berpotensi bertukar menjadi mimpi ngeri ekologi bagi kita.

“Justeru, usaha bersepadu semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan alam sekitar berada dalam keadaan terurus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani MOU antara NREB Sarawak, Trienekens Sarawak dan WWF-Malaysia untuk menghasilkan pengurusan sisa pepejal dan buku pendidikan pencinta alam sekolah melalui aplikasi Zoom, hari ini.

Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens Stephen Chin, turut memberitahu kepentingan rancangan untuk penerbitan buku seperti yang terdapat dalam MOU yang ditandatangani.

Dalam pada itu, penerbitan buku tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di negeri ini dengan memberi tumpuan untuk mengajar generasi muda daripada segi pengetahuan asas, amalan terbaik dalam pengurusan sisa pepejal dan kelestarian alam sekitar.

Suara Sarawak