Covid-19: 20 kes baharu di Sarawak, Kuching catat 13 kes

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 20 kes baharu positif Covid-19 dengan semua kes melibatkan kategori klinikal 1 dan 2.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 252,881 kes setakat ini.

“Hanya empat daerah mencatatkan kes jangkitan.

“Daerah Kuching merekodkan kadar jangkitan tertinggi dengan 13 kes, diikuti Sibu sebanyak tiga kes, manakala Miri dan Samarahan masing-masing dua kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memberitahu Sarawak tidak merekodkan kes kematian atau kluster baharu.

Sementara bagi laporan notis kompaun, JPBN berkata Daerah Kuching merekodkan sebanyak 11 kompaun hari ini atas kesalahan gagal mengimbas MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Suara Sarawak