Covid-19: 278 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 278 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 307 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 255,302 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 114 kes merupakan kategori 1 dan 164 kes dalam kategori 2,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kata JPBN Daerah Kuching mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 79 kes, diikuti Miri (68), Sibu (61), Kapit (28), Bintulu (12), Sarikei (6), Bukit Mabong (4) dan Samarahan (3).

“Manakala Daerah Song, Saratok, Julau, Matu dan Tatau merekodkan sebanyak dua kes dan masing-masing satu kes di Kanowit, Meradong, Betong, Simunjan, Subis, Selangau dan Kabong,” ujarnya.

Tambah JPBN, tiada kes kematian dilaporkan manakala dua kluster masih aktif.

Suara Sarawak