KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 284 kes baharu dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 254,717 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 150 kes merupakan kategori 1, 133 kes dalam kategori 2 dan satu kes melibatkan kategori 3,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kata JPBN Daerah Kuching mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 92 kes diikuti Miri (77), Sibu (58), Kapit (13), Bintulu dan Kanowit (7), Samarahan dan Serian (6), Limbang (5), Sarikei dan Meradong (3) serta Sri Aman dan Telang Usan (2).

“Manakala masing-masing satu kes dilaporkan di Mukah, Bau dan Saratok,” ujarnya.

Tambah JPBN, tiada kes kematian dilaporkan manakala hanya dua kluster yang masih aktif.

Suara Sarawak