KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 di Sarawak terus mencatatkan tiga angka apabila sebanyak 376 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 256,068 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 166 kes merupakan kategori 1, 204 kes adalah kategori 2 manakala 6 kes lagi dikelaskan dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 118 kes, diikuti Miri (80), Sibu (75), Kapit (22), Song (19), Bintulu (14), Sarikei (7), Matu dan Lawas (6), Samarahan dan Limbang (4), dan Mukah (3).

“Manakala, masing-masing mencatatkan dua kes di Serian, Sri Aman, Tanjung Manis, Kanowit, Meradong dan Bau, serta satu kes di Asajaya, Selangau, Bukit Mabong, Subis, Tebedu dan Daro,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPBN turut memaklumkan tiada kes kematian serta penambahan kluster dilaporkan hari ini.

Tambahnya, sebanyak 13 kompaun telah dikeluarkan di daerah Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Suara Sarawak