KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 Sarawak terus merekodkan peningkatan apabila 184 kes baharu dilaporkan hari ini, berbanding 129 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 101 kes merupakan kategori 1, 80 kes dalam kategori 2, manakala masing-masing satu kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus melaporkan kadar jangkitan tertinggi dengan 79 kes, diikuti Miri (39), Sibu (28), Lundu (10), Bintulu (8), Kapit (6), Limbang (4), Sarikei (2) dan Samarahan (2).

“Manakala masing-masing satu kes di Daerah Serian, Song, Meradong, Belaga, Lawas dan Kanowit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, tiada kes kematian baharu dilaporkan, hari ini.

Suara Sarawak