Covid-19: Sarawak rekod 58 kes baharu

KUCHING: Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 58 kes baharu, sekali gus menjadikan kes kumulatif kepada 253,003 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, 54 kes melibatkan kategori klinikal 1 dan 2 manakala empat lagi kes tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 21 kes, diikuti Sibu (14), Miri (13), Kanowit (4), Lawas (3), manakala Kapit, Selangau dan Tatau masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, tiada kes melibatkan kematian dan kluster baharu dilaporkan setakat hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, 10 kompaun dikenakan di daerah Kuching atas kesalahan gagal mengimbas Kod QR MySejahtera serta tidak mencatat kehadiran sebelum memasuki sesebuah premis.

Suara Sarawak