SUSPEK dan kenderaan yang digunakannya. (kaburkan mana yang patut)

SARATOK: Seorang individu yang dikenakan perintah pengawasan (OPP) selama dua tahun ditahan semula hari ini selepas melarikan diri sejak 17 Januari lalu.

Suspek ditahan ketika ditemui tidur di dalam kereta di Pekan Saratok, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin memberitahu, suspek berusia 22 tahun itu ditahan ketika Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok membuat rondaan pencegahan jenayah sekitar pekan.

“Semasa tiba di hadapan sebuah klinik swasta, anggota kita ternampak sebuah Proton Wira berwarna putih dalam keadaan yang mencurigakan.

“Selepas diperiksa, suspek merupakan OPP yang dilaporkan melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, suspek mempunyai kesalahan lampau berkait Seksyen 457 (KK) 2020.

Suspek didapati tidak berada di dalam kawasan pengawasan dan gagal melapor diri di Balai Polis Saratok sejak 17 Januari lalu.

Suara Sarawak