BAU: Seorang lelaki disyaki ejen loteri haram dicekup di sebuah rumah Pekan Jambusan Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek yang berusia 37 tahun ditahan kira-kira jam 10 pagi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau.

“Polis turut merampas sekeping kertas tertulis angka-angka disyaki loteri haram serta sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

RAMPAS…sekeping kertas tertera angka-angka loteri haram dan sejumlah wang tunai yang dirampas.

 

TAHAN…suspek disyaki ejen loteri haram dicekup dalam sebuah rumah di Pekan Jambusan Lama.

Suara Sarawak