Abang Johari ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri di sini, hari ini.

MIRI: Bahagian ini akan ditransformasikan sebagai sebuah wilayah yang maju dan membangun menjelang tahun 2030, menerusi rancangan ‘Greater Miri’ berteraskan sektor pelancongan, perkhidmatan dan pertanian.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia merangkumi Miri, Subis sehingga ke Niah (terletaknya Gua Niah yang sedang diusahakan untuk disenaraikan sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu – Unesco).

“Bermakna kegiatan ekonomi dari segi pelancongan akan sampai ke sana,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri di sini, hari ini.

Suara Sarawak